Di dalam permainan bola sepak, latihan kecergasan yang khusus (strength & conditioning) perlu mengambil kira posisi pemain. Ini kerana keperluan pergerakan dan penyesuaian bio-tenaga adalah juga berbeza di antara posisi yang berlainan. Justeru, jurulatih kecergasan perlu melihat kepada keperluan seseorang pemain sebelum memberikan sesuatu program latihan. Ujian awal (pre-test) adalah sangat penting di dalam memberikan base line tahap kecergasan pemain.