Pasukan URT-AbangSmart & totalfitnezz.com DI SAER 2014

TotalFitnezz.com telah menyertai cabaran kayuhan Shah Alam EnduRide 2014 pada 18hb mei yang lepas. Acara kayuhan endurance seumpamanya yang julung-julung kali diadakan di Shah Alam itu juga telah menarik penyertaan daripada ramai penggiat sukan berbasikal termasuklah pelumba luar negara. Pasukan yang menggunakan nama URT-AbangSmart-totalfitnezz.com ini dibarisi oleh pelajar dan bekas pelajar Unisel serta dua orang pelumba jemputan. Mereka terdiri daripada Wan, Ijat, Rauf, Shah Nazad (Rambo) dan MZack. Secara keseluruhan, pasukan URT ini telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dengan Rauf menamatkan kayuhan di tempat kedua bagi katagori terbuka dan Rambo pula menduduki tempat ke enam bagi katagori veteran. Tahniah dan terima kasih kepada semua ahli pasukan yang terlibat termasuk crew kereta sokongan khususnya Abang Smart, Sarul, Alam, Firdaus, Nizam (Grup 3T) dan Abang Jali.

 

Image
Jom kayuh !, Pasukan URT-AbangSmart & totalfitnezz.com; dari kiri, Wan, Ijat, Rambo, Mzack dan Rauf bersama En. Farizan (Abang Smart) yang juga Pengarah SmartBuilder Consultan.

 

Image

Image

Kerja berpasukan, ketahanan fizikal dan taktikal yang baik di dalam acara sebegini memerlukan latihan dan disiplin yang tinggi.

 

Image

Acara endurance seperti ini memerlukan penggunaan sistem tenaga yang cekap di mana, pelumba yang lebih berjaya dikatakan menggunakan sistem oksidatif pada kadar yang lebih tinggi dan nilai ambang laktat yang juga lebih tinggi. Dengan itu, mereka mempunyai kelebihan untuk membuat pemecahan dan pecutan akhir yang lebih bertenaga serta kadar pemulihan daripada kerja berintensiti tinggi yang lebih pantas.

 

Image

Kehilangan cecair tubuh berlaku dengan banyak dan cepat di dalam usaha kerja yang tinggi dan cuaca yang panas seperti SAER 2014 ini. Justeru, hidrasi semula adalah penting bagi mengembalikan cecair dan elektrolit tubuh di samping membekalkan semula tenaga dan kawalan suhu. Oleh itu, pengetahuan tentang kandungan cecair yang diambil adalah menjadi sesuatu yang penting untuk difahami oleh pelumba mahupun jurulatih.

 

Image

Acara endurance seperti ini tidak hanya bergantung kepada latihan kayuhan endurance semata-mata, malah latihan bebanan bagi meningkatkan kekuatan dan kuasa juga perlu dilakukan bagi meningkatkan kecekapan bagi setiap pedal stroke di samping ekonomi kayuhan. Latihan yang diperiodisasikan dengan betul akan memastikan pelumba berada pada tahap yang terbaik pada sesuatu pertandingan yang penting (peaking).

 

Image

Muhd Rauf Nur Misbah daripada URT-AbangSmart & totalfitnezz.com di tempat kedua katagori Terbuka. Tahniah dan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dan pihak yang membantu menaja pasukan ini khususnya SmartBuilder Consultan, Pusat Terapi Al-Jawahir (seksyen 23 Shah Alam) dan fakulti kejuruteraan serta Pusat Sukan HEP Unisel yang menyediakan mekanik dan kereta pengiring sepanjang acara berlangsung. Juga tidak dilupakan kepada anggota Polis yang bertugas melancarkan kayuhan. Khusus buat Rauf, Ijat, Shami, Rambo dan Mzack terima kasih daun keladi, lain acara kita kayuh lagi…

 

Image

Riderzz URT-AbangSmart & totalfitnezz.com bersama crew kereta sokongan pasukan. Tiada dalam gambar adalah En Sharul, jurugambar pasukan.

Advertisement

KURSUS; FITNESS FOR CYCLIST

Baru-baru ini, 22hb Feb 2014, telah berlangsung bengkel sport conditioning for cyclist yang dianjurkan oleh kumpulan pelajar Sukan Prestasi Tinggi Program Diploma Industri Sukan Universiti Selangor. Program yang berlangsung di Unisel ini telah dirasmikan oleh Ketua Program Diploma Sukan, Fakulti Perniagaan Unisel, Pn Adlin Daud. Bengkel yang disertai oleh penggiat aktiviti sukan berbasikal dari dalam dan luar unisel ini memberikan pendedahan berkaitan latihan kecergasan untuk sukan dan aktiviti berbasikal serta tip-tip latihan kayuhan di samping aspek pengurusan kecederaan sukan. Di antara pengendali yang membantu menjayakan bengkel ini adalah jurulatih basikal pasukan TOTALFITNEZZ.COM, En. Shah Nazad Aman Shah yang juga merupakan bekas pemenang pingat perak lumba basikal lebuhraya Sukan Sea, Dr. Zuraimay Zainudin, pensyarah Kecergasan Dan Sukan Prestasi Tinggi Unisel yang juga merupakan jurulatih kecergasan TOTALFITNEZZ.COM di samping pensyarah fisioterapi Unisel Puan Rosnah Md Yatim yang berpengalaman luas di dalam bidang fisioterapi sukan. Turut memberikan sumbangan adalah En. Izani, jurulatih kecergasan berpengalaman dari Bukit Jalil.

Selain sesi teori dan demostrasi latihan di dewan kuliah, peserta juga diberi peluang menyertai amali latihan kayuhan mendaki Bukit Fraser pada hujung minggu berikutnya bersama En Shah Nazad serta Dr. Zuraimay. Sebelum memulakan pendakian peserta diberikan panduan ringkas berkaitan penggunaan gear dan teknik kayuhan serta tip keselamatan di samping sesi aktiviti pemanasan badan. Bengkel ini turut disertai oleh pelumba pasukan Unisel Racing Team, ahli kelab Kayuh 3T (Putra Jaya), Musang King (Shah Alam), Green Stalion Rider (Serdang) dan ramai lagi. Pihak kami mengalu-alukan kelab-kelab atau penggiat sukan berbasikal yang lain untuk menyertai program atau bengkel latihan seumpama ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan program yang akan datang boleh hubungi atau whatsapp 013 700 9000.

 

Sebahagian daripada rakaman sesi teori dan praktikal “Sport Conditioning For Cyclist’ yang berlangsung di Unisel dan Fraser Hill’

Image

Antara peserta kursus dari Musang King dan GSR yang sempat bergambar bersama intruktur dan urusetia

Image

Sebahagian daripada ahli geng GSRĀ  yang mengikuti kursus ini.

Image

Antara alatan latihan dan demonstrasi yang digunakan.

Image

Image

Praktikal kayuhan pendakian dimulakan dengan sesi taklimat dan tunjuk ajar oleh En. Shah Nazad (Rambo) berkaitan aspek penggunaan gear, teknik kayuhan, keselamatan dan warm up.

Image

Berehat sebentar di puncak Fraser Hill sambil menikmati udara segar dan keindahan alam sebelum menuju ke Gap bagi sesi senaman perut (makan)

 

TotalFitnezz.com mengucapkan selamat berkayuh kepada semua rider dan penggiat aktiviti & sukan berbasikal yang akan berkayuh di Shah Alam Enduride 2014, Kuantan Century Ride 2014, Kuntau dan Putra Jaya Jamboree serta semua aktiviti kayuhan yang sewaktu denganya…