AIR DAN PUASA

Air penting bagi tubuh kita di mana, kita perlu minum pada kadar yang betul bagi memastikan bekalan air di dalam tubuh kita sentiasa cukup. Ia membekalkan elektrolit yang penting bagi tubuh kita antaranya sodium, potasium dan klorida. Tanpa air yang mencukupi tubuh tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Terdapat juga minuman yang membekalkan karbohidrat, contohnya minuman jus buah-buahan dan minuman bercincau.

Pengambilan air yang cukup ketika bersahur dan berbuka puasa sepanjang ramadhan ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Cuaca panas dan berjerebu yang melanda negara ketika umat islam menunaikan ibadat puasa sekarang menjadikan penjagaan hidrasi tubuh sesuatu yang lebih mencabar. Justeru, panduan berikut mungkin bermanfaat bagi kita di dalam menempuh cabaran di bulan Ramadhan ini;

• Pastikan kita bangun sahur, walaupun hanya untuk minum air.
• Pastikan kita minum sewaktu berbuka walaupun hanya mengambil kurma dan segelas air. Jangan menangguh untuk minum sehingga sesudah solat maghrib.
• Minumlah dahulu sebelum tidur, sebaik-baiknya air kosong.
• Elakkan mengambil minuman bercaffein atau yang menggalakkan dehidrasi terutamanya sewaktu sahur (contoh; kopi dan teh).
• Bagi mereka yang terpaksa menghadkan pengambilan air; patuhilah nasihat daripada doktor anda tentang jumlah pengambilan air sewaktu berpuasa.
• Elakkan aktiviti yang tidak diperlukan yang mendedahkan kita kepada cuaca panas di luar. Jika mempunyai pilihan, lakukanlah senaman di tempat teduh (in door) memandangkan cuaca yang tidak begitu mengizinkan sekarang.
• Bagi yang terpaksa meneruskan latihan sukan, aturlah jadual agar latihan yang berintensiti tinggi di buat di sebelah malam.
• Amalkan kebersihan di dalam penyediaan dan penyimpanan makanan bagi mengelakkan keracunan dan cirit-birit. Jika membeli, pilihlah gerai atau peniaga yang mempunyai tahap amalan kebersihan yang tinggi.
• Elakkan daripada bersembang perkara yang sia-sia, dan gantikannya dengan mengaji, berzikir atau percakapan yang lebih berfaedah.

Sekian, Selamat Berpuasa..iklhlas daripada TOTALFITNEZZ.com

Advertisements

CABARAN MR FITNESS UNISEL 2014

Baru-baru ini telah berlangsung Cabaran MrFitness Unisel 2014 anjuran pelajar Kumpulan Sukan Prestasi Tinggi Diploma Pengurusan Industri Sukan (DSIM) Unisel. Pusingan awal pertandingan berlangsung pada 19 hb Jun manakala pusingan akhir dilangsungkan pada keesokan harinya. Terdapat dua katagori dipertandingan iaitu katagori Pelajar Lelaki dan Staf Lelaki.

Program yang julung kali diadakan di Unisel kampus Shah Alam ini bertujuan untuk memupuk kesedaran gaya hidup sihat melalui pertandingan berbentuk penjagaan kecergasan. Antara komponen kecergasan yang diuji di dalam cabaran ini adalah kekuatan otot, kebolehlenturan, keseimbangan, kuasa, ketahanan kardiorespiratori, kelajuan dan ketangkasan. Penganjuran acara seperti ini juga merupakan satu platform bagi pelajar DSIM bagi mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam kuliah berkaitan aspek latihan dan ujian kecergasan.

Katagori pelajar telah dimenangi oleh Muhammad Amirul Asyraf (Diploma Grafik)yang menewaskan Muhammad Hassan (DSIM). Manakala bagi katagori staff pula telah dijuarai oleh En. Abdul Hadi (PICT) yang menewaskan En. Aizam (Finance) di pusingan akhir. Pertandingan ini telah mendapat bantuan TOTALFITNEZZ.com yang turut membantu menaja hadiah serta menyediakan peralatan ujian dan latihan kecergasan.

Image

ImageImageImageImageImage

Sebahagian aksi di dalam Cabaran MrFitness Unisel 2014 yang sempat dirakamkan.

 

Image

Khidmat ujian peratusan lemak tubuh juga turut disediakan oleh pelajar DSIM

 

Image

Finalis edisi pertama; Pemenang tempat pertama dan kedua MrFitness Unisel 2014 bagi katagori staf dan pelajar. Dari kiri; Mr. Aizam, Mr. Abd Hadi, Dua dari kanan; Amirul Asyraf dan Muhd Hassan.

 

Image

Barisan pelajar DSIM kumpulan High Performance Sport, yang merupakan tulang belakang kepada kejayaan penganjuran acara ini. Duduk, dua dari kiri adalah Nazrin, ketua kumpulan. SYABAS & TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat…

KISAH SENAMAN…

Tinggal lah sepasang suami isteri bersama anak-anak mereka di sebuah rumah flet di bandaraya Kuala Lumpur. Si isteri telah lama mengidamkan basikal senaman untuk dikayuh di dalam rumah, katanya untuk bersenam. Si suaminya pula telah berjanji untuk membelikannya, namun janji itu terus tinggal janji. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun namun basikal tak juga kunjung tiba. Suatu hari, seperti biasa apabila balik ke rumah, si suami mengajak isterinya menaiki tangga sambil katanya, `Inilah senaman yang percuma untuk kita, bagus kalau kita buat hari-hari’. Isterinya dengan rasa tidak puas hati hanya mengomel sahaja dari tingkat bawah sampai ke atas….Kata si isteri `Dah lama saya minta abang belikan basikal tapi abang asyik janji aje, nanti kalau saya dah buncit sebab tak bersenam abang yang bertanggung jawab tau’, kata si isteri. Si suami hanya mendengar sahaja rungutan isterinya itu, namun jauh disudut hatinya dia merasa kasihan juga kepadanya kerana telah lama dia berhasrat untuk bersenam menggunakan basikal seperti itu. Namun apakan daya… RM$RM$**##.

Selang beberapa minggu, setelah berhempas pulas mengumpul duit maka dapatlah si suami itu membawa balik basikal yang didam-idamkan oleh isterinya. Maka, mulai hari itu selalu lah si isteri tadi mengayuh basikal dengan gembiranya. Si isteri begitu taksub dengan senamannya itu, dan ditatangnya basikal itu bagai menatang minyak yang penuh. Pagi berkayuh, petang berkayuh, malam aje yang yang tak kayuh.

Hari dan bulan terus berlalu, lama kelamaan ketaksuban si isteri mengayuh semakin berkurangan dan akhirnya hanya anak-anak sahaja yang mengayuh, itu pun secara curi-curi. Apabila ditegur suaminya si isteri hanya menjawab, `Ahh..abang apa tau?’. Akhirnya si suami sudah tidak dapat menahan ketidakpuasan hatinya, lalu disound lah isterinya, `Mana adil macam ni, asyik kain baju awak aje yang sidai kat situ. Bagi chance lah pulak saya nak sidai tuala saya kat situ, lagipun saya yang beli basikal tu?…

Kesimpulannya;

1. Senaman adalah tanggungjawab serta urusan kita, jangan kaitkan dengan orang lain sekiranya kita betul-betul mahu bersenam.
2. Ketiadaan peralatan bukan alasan untuk tidak bersenam. Ada pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan walaupun tanpa alatan.
3. Rutin harian juga boleh diatur menjadi senaman sekiranya kita mahu, contohnya menaiki tangga ke pejabat atau rumah, meletakkan kenderaan sekira-kira jarak yang sesuai untuk berjalan ke pejabat, tempat membeli belah atau di mana sahaja tanpa mengenepikan aspek keselamatan.
4. Senaman hendaklah dibuat secara tetap dan selalu (Frequency & Consistency), bukannya hangat-hangat tahi ayam. Namun, badan kita juga perlu rehat untuk membenarkan proses pemulihan dan bagi memastikan peningkatan tahap kecergasan secara berperingkat (Progression). Justeru, kita kena tahu apa tujuan kita (Target), apa pilihan senaman yang ada (Types) dan apakah ukuran tahap senaman kita (Intensity).
5. Senaman boleh mengembirakan kita, kesan hormon berkaitan senaman. Oleh itu jadikanlah senaman atau aktiviti fizikal sebagai satu kaedah untuk menenangkan fikiran serta meredakan keserabutan daripada tugas harian di rumah dan tempat kerja kita.
6. Basikal bukan tempat menyangkut atau menyidai pakaian, tapi kalau nak sidai juga berkongsilah.. jangan conquer sorang sorang saja.

TIDUR PENTING UNTUK CERGAS & SIHAT

Seseorang yang tidak mendapat tidur yang cukup mungkin akan mendapati senaman atau latihan yang dijalaninya tidak memberikan kesan yang diharapkan. Ini adalah kerana kebanyakan proses baik pulih tisu dan sel tubuh berlaku ketika tidur. Terdapat lima peringkat yang akan dialami oleh seseorang yang tidur. Iaitu peringkat 1, 2, 3, dan 4 yang merupakan peringkat yang juga dikenali sebagai non-rapid eye movement (NREM) dan peringkat 5 di mana berlakunya rapid eye movement (REM). Hormon tumbesaran manusia (HGH) yang terlibat di dalam proses baik pulih dan regenerasi mula dibebaskan pada peringkat 3, manakala kerja-kerja baik pulih tisu dan sel giat berlaku pada peringkat 4. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan kita mendapat tidur yang berkualiti untuk memastikan tubuh sentiasa bertenaga dan mendapat prestasi kerja dan sukan yang terbaik. Bagi kebanyakan orang dewasa, tempoh masa tidur yang disarankan adalah diantara 7-9 jam dan digalakkan juga untuk mengamalkan tidur seketika sebelum waktu zuhur (15-20 minit) sebagai memberikan kerehatan kepada tubuh dan mental di siang hari. Tidur yang cukup ini bukan sahaja penting untuk keberkesanan senaman semata-mata, malah yang lebih penting lagi ia dapat mengatur fungsi fisiologi dan biokimia tubuh dengan betul bagi memberikan kita kesihatan yang optimum. Justeru, bagi mereka yang aktif bersukan atau bersenam aturlah jadual aktiviti dengan sebaiknya agar ianya benar-benar menyihatkan dan bukanya memudaratkan kita.