Di dalam permainan bola sepak, latihan kecergasan yang khusus (strength & conditioning) perlu mengambil kira posisi pemain. Ini kerana keperluan pergerakan dan penyesuaian bio-tenaga adalah juga berbeza di antara posisi yang berlainan. Justeru, jurulatih kecergasan perlu melihat kepada keperluan seseorang pemain sebelum memberikan sesuatu program latihan. Ujian awal (pre-test) adalah sangat penting di dalam memberikan base line tahap kecergasan pemain.
Monthly Archives: March 2014
Sekitar latihan pasukan bola Liga IPT Unisel 2014
Dalam permainan bolasepak, strategi dan perancangan taktikal yang baik hanya akan terlaksana apabila pemain mempunyai tahap kecergasan yang baik. Justeru, latihan kecergasan mesti dipergiatkan sejak daripada off-season lagi. Menjelang pre-season, pemain seharusnya telah di condition kan dengan tahap kecergasan yang mencukupi manakala latihan taktikal akan lebih diberi keutamaan. Pemain diharap akan dapat mengekalkan tahap kecergasan mereka sepanjang musim pertandingan.