PRINSIP SENAMAN

Bagi menjamin keberkesanan senaman atau latihan, perlulah diikuti prinsip yang telah ditetapkan meliputi aspek berikut:

  1. Lebihan Bebanan
  2. Ansur Maju
  3. Spesifisiti
  4. Individualiti
  5. Regulariti/ penetapan

Senaman biasanya melibatkan otot dan sistem tubuh berkerja lebih tinggi sedikit daripada kebiasaan (lebihan bebanan), dan ia lazimnya akan meningkatkan kecergasan sedikit demi sedikit sekiranya dilakukan secara berterusan (regulariti). Namun, bagi mencapai maksud tersebut tahap senaman tidak boleh ditingkatkan secara drastik, sebaliknya haruslah secara beransur-ansur dan sistematik bagi mengelakkan kemudaratan (ansur maju). Jenis senaman atau latihan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan tujuan atau keperluannya (spesifisiti), contohnya jika ingin meningkatkan kecergasan sebagai seorang pemain bola sepak, haruslah mengambil kira corak pergerakan dan keperluan fisiologi di dalam sukan tersebut semasa merangka latihan/ senaman. Untuk tujuan keselamatan pula, seseorang haruslah mengambil kira tahap kemampuan, kesihatan dan kemudahan yang ia ada sebelum memilih mana-mana senaman atau latihan yang ia akan lakukan (individualiti).

Advertisements