BENGKEL KECERGASAN UNTUK SUKAN BERBASIKAL

Baru-baru ini, 20 hb September 2014, telah berlangsung Bengkel Kecergasan Untuk Pelumba Basikal yang dianjurkan oleh Kumpulan pelajar Sukan Prestasi Tinggi, Diploma Pengurusan Industri Sukan (DSIM), Universiti Selangor. Bengkel satu hari yang berlangsung di Dewan Kuliah Izone1 ini telah menarik penyertaan seramai lebih daripada 60 orang peserta yang terdiri daripada pelumba pasukan Unisel Racing Team, TotalFitnezz.com, kelab Musang King Shah Alam serta penggiat aktiviti sukan berbasikal sekitar lembah Klang selain pelajar-pelajar DSIM.

Antara lain bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelumba-pelumba berkaitan kepentingan latihan kecergasan fizikal di dalam meningkatkan prestasi kayuhan yang meliputi aspek sistem bio-tenaga, latihan bebanan, periodisasi latihan serta aerodinamik. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr. Zuraimay Zainudin, Pensyarah Kanan Sains Senaman, Kecergasan Dan Sukan Prestasi Tinggi Unisel, yang juga merupakan pengendali pasukan TotalFitnezz.com. Antara penceramah jemputan lain adalah En Izani Zainal daripada ISN Bukit Jalil, En. Shah Nazad Aman Shah, jurulatih pasukan TotalFitnezz.com yang juga bekas pelumba basikal kebangsaan serta En. Rauf Nur Misbah, pelumba basikal Kebangsaan bagi acara lebuhraya yang juga merupakan bekas pelajar DSIM, Unisel.

Majlis penutup bengkel yang berlangsung satu hari ini telah disempurnakan oleh Ketua Program DSIM, En Mohd Firdaus Ramly yang turut berharap agar lebih banyak program sebegini dianjurkan melibatkan sukan-sukan yang lain seperti pengendalian motosikal berkuasa besar serta sukan perlumbaan lain

Untuk maklumat program dan kursus berkaitan sukan dan kecergaan yang akan datang boleh hubungi no berikut : 013 7009000

Antara program lain yang bakal diadakan adalah;
• Bengkel Kejurulatihan Kecergasan Sukan Ketahanan (EnduSport) – BKKSK
• Bengkel Pengurusan & Penyelengaraan Gimnasium – BPPG
• T o T a L Fitness Camp

alatan bengkel FFC

Keterangan gambar

Atas : En Shah Nazad mengendalikan sesi teknikal basikal

Tengah : Peralatan latihan yang digunakan di dalam bengkel

Bawah : Peserta bergambar bersama para penceramah

 

 

Advertisement