Tag Archives: MINERAL

JANGAN AMBIL MUDAH KEPENTINGAN PENGAMBILAN AIR KETIKA BERSUKAN

JANGAN AMBIL MUDAH KEPENTINGAN PENGAMBILAN AIR KETIKA BERSUKAN

JANGAN AMBIL MUDAH KEPENTINGAN PENGAMBILAN AIR KETIKA BERSUKAN

Penggantian cecair tubuh yang hilang semasa senaman atau bersukan perlu diberi perhatian kerana kehilangan cecair sebanyak 1% daripada berat tubuh dikatakan mampu meningkatkan suhu badan ketika senaman. Manakala kehilangan sebanyak 3 hingga 6% daripada berat tubuh pula dilaporkan mampu mendatangkan bebanan kardiovaskular serta menjejaskan kemampuan tubuh untuk membebaskan haba (Baechle & Earle 2008).

Umumnya, senaman atau latihan yang lasak dikaitkan dengan penghasilan produk kerosakan otot (rhabdomiolisis). Namun, senaman bebanan berintensiti rendah juga mampu mencetuskan rhabdomiolisis dan sekiranya tidak dirawat keadaan ini boleh mengakibatkan kegagalan renal akut. Justeru pengambilan dan penggantian cecair tubuh sebelum, semasa dan selepas aktiviti senaman sama ada berintensiti tinggi atau rendah, di padang atau di gimnasium, perlu diberi perhatian bagi tujuan keselamatan. Dahaga bukanlah isyarat bagi memberitahu kita untuk mula minum air, sebaliknya kita harus secara berterusan menggantikan cecair tubuh semasa bersenam walaupun tanpa rasa dahaga.

Sebagai panduan, pastikan kita minum 0.5L, 2 jam sebelum aktiviti atau latihan bagi mencapai hidrasi optimal dan minum secara tetap dan berkala sepanjang aktiviti bagi menggantikan cecair tubuh yang hilang. Selepas aktiviti kita perlu mengambil cecair bagi menggantikan jumlah yang hilang di samping menyediakan tubuh untuk latihan atau pertandingan yang berikutnya. Bagi menggalakkan pengambilan, air berperisa dan sejuk adalah juga disyorkan namun bagi mereka yang sememangnya mahu mengelakkan gula dalam minuman, air mineral adalah adalah juga boleh diambil tetapi AWAS..elakkan mengambil air yang tidak mengandungi mineral atau drinking water secara bersendirian (biasanya dijual dengan tutup berwarna putih). Tiada mineral bermakna tiada garam elektrolit..sedangkan tubuh memerlukan elektrolit bagi menjalankan fungsinya. Contoh elektrolit tubuh adalah kalsium, kalium, natrium dan klorida. Ianya diperlukan bukan sahaja untuk prestasi sukan yang tinggi bahkan diperlukan untuk terus hidup…

Advertisement