Di dalam permainan bola sepak, latihan kecergasan yang khusus (strength & conditioning) perlu mengambil kira posisi pemain. Ini kerana keperluan pergerakan dan penyesuaian bio-tenaga adalah juga berbeza di antara posisi yang berlainan. Justeru, jurulatih kecergasan perlu melihat kepada keperluan seseorang pemain sebelum memberikan sesuatu program latihan. Ujian awal (pre-test) adalah sangat penting di dalam memberikan base line tahap kecergasan pemain.
Sekitar latihan pasukan bola Liga IPT Unisel 2014
Dalam permainan bolasepak, strategi dan perancangan taktikal yang baik hanya akan terlaksana apabila pemain mempunyai tahap kecergasan yang baik. Justeru, latihan kecergasan mesti dipergiatkan sejak daripada off-season lagi. Menjelang pre-season, pemain seharusnya telah di condition kan dengan tahap kecergasan yang mencukupi manakala latihan taktikal akan lebih diberi keutamaan. Pemain diharap akan dapat mengekalkan tahap kecergasan mereka sepanjang musim pertandingan.
Unisel Racing Team di Petronas CubPrix
Unisel Racing Team di Petronas CubPrix
Di samping memerlukan gandingan pasukan jurutera dan jentera yang mantap, perlumbaan seperti ini juga memerlukan kuasa, kekuatan dan ketahanan otot bagi mengekalkan teknik tunggangan sepanjang perlumbaan. Tunggangan balas, mengambil selekoh dan otot lengan yang perlu menahan gegaran jentera adalah antara contoh yang menunjukkan mengapa pelumba seperti ini perlu membuat latihan kekuatan dan ketahanan otot.
Unisel-totalfitnezz Cycling Team at Sepang Criterium 2013
Unisel-totalfitnezz cycling Team
Unisel-totalfitnezz Cycling Team at Fraser Hill 2013
Sessi Demonstrasi Dan Teknik Senaman
Kursus Pengurusan Kecergasan
PERHATIAN
Maklumat yang terdapat di dalam blog ini adalah bagi tujuan perkongsian informasi sahaja. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kemalangan yang berlaku akibat menggunakan maklumat daripada blog ini. Walau bagaimanapun kami mengalu-alukan sebarang komen atau pandangan yang ingin diajukan.
For T O T A L Fitness services and consultation, the number to contact : 013 7009000