Kumpulan High Performance Sport, Program Diploma Pengurusan Industri Sukan, Unisel akan menganjurkan Bengkel Kecergasan Untuk Sukan Berbasikal (Fitness For Cyclist). Program kali ke3 seumpamanya yang diadakan di Unisel ini bertujuan berkongsi panduan berkaitan latihan kecergasan untuk atlit serta penggemar sukan berbasikal khususnya acara basikal jalanraya dan MTB. Antara tajuk yang akan dibincangkan di dalam pengisian bengkel ini adalah; Sistem BioTenaga & Prestasi, Latihan Bebanan untuk Pelumba/ kayuhan rekreasi, Tip latihan & Kayuhan bersama bekas pelumba kebangsaan serta aspek penjagaan pemakanan untuk prestasi. Kursus yang akan berlangsung di Dewan Kuliah IZone 1, Unisel kampus Shah Alam ini akan dikendalikan oleh pakar serta jurulatih kecergasan bertauliah serta bekas pelumba basikal kebangsaan. Bengkel ini dijangka turut disertai oleh semua pelumba pasukan Unisel Racing Team, serta ahli kelab berbasikal di sekitar lembah Klang. Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh menghubungi nombor yang diiklan di atas.