SENAMAN, RADIKAL BEBAS & ANTIOKSIDAN

Kita memerlukan oksigen untuk terus hidup dimana, tubuh akan menukarkannya kepada tenaga melalui satu tindakbalas biokimia yang kompleks di dalam tubuh kita. Namun tidak semua oksigen yang diambil akan diguna dalam penghasilan tenaga ATP tersebut. Sekitar 1-5% oksigen semasa respirasi akan mengalami kebocoran pada rantaian elektron di dalam mitokondria sel otot lalu menjadi molekul radikal bebas. Molekul yang mempunyai satu elektron tidak berpasangan ini akan menyerang molekul lain bagi mencuri elektron mereka dan seterusnya mewujudkan satu rantaian kerosakan kepada makromolekul, sel dan tisu yang akhirnya mampu membawa kerosakan kepada organ yang berbeza. Namun, tubuh kita mempunyai sistem pertahanan antioksidanya tersendiri yang meliputi enzim, mineral dan vitamin antioksidan seperti vitamin A,C dan E.

Sistem pertahanan ini bukan sahaja menerima serangan daripada kebocoran rantaian elektron di mitokondria, bahkan daripada aktiviti tindakan enzim serta pemulihan kecederaan (sel fagosit) yang berlaku. Malah pencemaran (termasuk asap rokok), cahaya UV, radiasi ion dan xenobiotik juga menambahkan tekanan terhadap sistem pertahanan tubuh tersebut. Tidak terkecuali, peningkatan pengunaan oksigen semasa senaman dan kecederaan daripada aktiviti bersukan juga meningkatkan radikal bebas yang menjurus kepada kerosakan oksidatif. Walau bagaimanapun, amalan senaman yang tetap berupaya merangsang penyesuaian sistem antioksidan semulajadi tubuh untuk mengatasi tekanan oksidatif.

Kajian membuktikan senaman merangsang sistem pertahanan antioksidan melalui peningkatan vitamin dan aktiviti enzim antioksidan serta regenerasi sel imun. Pengambilan sumber makanan yang tinggi antioksidan turut meningkatkan lagi perlindungan terhadap serangan radikal bebas dikalangan mereka yang aktif bersukan. Ini termasuklah pengambilan buah-buahan tempatan, limau, epal, madu, habbatus sauda serta daripada sumber minuman seperti jus buah-buahan, cincau dan susu kambing. Justeru, nasihat kepada penggemar akitviti sukan yang terdedah kepada peningkatan pengambilan oksigen dan kecederaan; seiringkanlah keaktifan anda dengan pengambilan makanan tinggi antioksidan bagi kesihatan jangka panjang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s