BAGAIMANA LATIHAN BEBANAN MEMBANTU PRESTASI KAYUHAN (LUMBA BASIKAL / KAYUHAN SANTAI)
Latihan bebanan dapat membantu prestasi kayuhan bagi mereka yang mengemari aktiviti berbasikal, samada untuk perlumbaan atau kayuhan santai. Di dalam aktiviti kayuhan basikal, otot-otot yang terlibat adalah antaranya peha hadapan (guna untuk menujah padle/padle stroke), hamstring (menarik padle bagi yang menggunakan padle berklip) dan kumpulan otot-otot teras yang meliputi belakang, pinggang dan oblique (berfungsi menetapkan kedudukan tubuh dan punggung agar tidak bergerak ke kiri dan kanan sepanjang kayuhan). Sekiranya otot-otot ini diberikan latihan yang bersesuaian maka kerja-kerja mengayuh akan menjadi lebih cekap dan berkuasa di samping lebih ekonomik. Maka sudah tentu kayuhan akan menjadi lebih seronok dan santai, manakala yang berlumba pula dapat berkayuh dengan lebih bertenaga. Berikut adalah beberapa faedah daripada latihan bebanan terhadap prestasi kayuhan ;
• Meningkatkan kekuatan otot dan seterusnya kuasa bagi melakukan pecutan
• Otot yang kuat juga akan menjimatkan penggunaan tenaga / cycling economy
• Kekuatan otot juga memberikan perlindungan daripada kecederaan yang serius
• Fasa pemulihan daripada latihan yang berat/ kecederaan akan dipercepatkan
• Kekuatan, kuasa dan ketahanan otot daripada latihan bebanan dapat membantu penunggang untuk mengekalkan teknik yang baik sepanjang kayuhan (off-road lebih mencabar).
• Latihan bebanan yang diselaraskan untuk ketahanan otot akan membolehkan otot berkerja keras dengan lebih lama, ini bermakna lebih kilometer untuk kayuhan yang bertenaga.
• Membina komposisi tubuh yang lebih baik. Lemak berlebihan yang tersimpan akan merugikan kayuhan kerana ia tidak menjana daya. Latihan bebanan InsyaALLAH akan mengantikan lemak tersebut kepada otot
Oleh itu, luangkan masa untuk membuat latihan bebanan di samping kita berkayuh. Walau bagaimanapun elakkan daripada membuat latihan otot yang sama pada hari berturutan kerana otot juga perlu direhatkan. Sebaik-baiknya dapatkan panduan dan tunjuk ajar daripada jurulatih yang bertauliah. Selamat berlatih…